Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الحج والعمرة

Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Menjual Kulit, Bulu, Tulang Dan Tanduk Haiwan Korban Untuk Dimanfaatkan Hasilnya Untuk Maslahah Umum

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENJUAL KULIT, BULU, TULANG DAN TANDUK HAIWAN KORBAN UNTUK DIMANFAATKAN HASILNYA UNTUK MASLAHAH UMUM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-134 yang bersidang pada 26 hingga 27 Oktober 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan hukum menjual kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban untuk dimanfaatkan hasilnya untuk maslahah umum. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Hukum menjual kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban yang telah disembelih adalah haram kecuali bagi golongan fakir.

2. Walau bagaimanapun, hukum menjual kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban yang telah disembelih oleh pihak yang berautoriti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah harus dan hasil jualan tersebut hendaklah diberikan kepada golongan fakir atau dimanfaatkan untuk maslahah umum.

3. Kos pengurusan jualan tersebut hendaklah diambil daripada kos ibadah korban dan tidak boleh diambil daripada hasil jualan kulit, bulu, tulang dan tanduk haiwan korban itu.

Bertarikh 20 April 2023 Dated 20 April 2023 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 17]

PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2023-12fdf667