Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Lelaki Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Yang Mengandungi Emas
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM LELAKI MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG MENGANDUNGI EMAS
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-131 yang bersidang pada 9 Julai 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan hukum lelaki menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi emas. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Hukum menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi emas sama ada berbentuk hablur, sabun, masker dua puluh empat (24) karat atau apa-apa bentuk lain sekiranya produk tersebut mengandungi kuantiti emas yang banyak adalah haram bagi lelaki.
2. Walau apa pun perenggan 1, penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi kuantiti emas yang lebih banyak daripada bahan lain adalah harus bagi lelaki bagi maksud merawat kulit wajah yang rosak teruk atau menutup aib pada wajah kerana termasuk dalam kategori hajiyyah (keperluan).
3. Produk penjagaan kulit yang mengandungi kuantiti emas yang sangat sedikit adalah harus digunakan bagi lelaki walaupun tanpa apa-apa hajiyyah (keperluan). Ukuran kadar yang sangat sedikit ialah apabila emas tidak boleh dipisahkan daripada kandungan bahan lain dengan apa-apa cara seperti peleburan dan seumpamanya.
Bertarikh 20 April 2023 Dated 20 April 2023 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 17]
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2023-cea6fd76
