PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SELANGOR TAHUN 1446H/2025M
Sel. P.U. 10. 21hb Februari 2025
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI B AWAH SEKSYEN 47
MENURUT seksyen 47 dan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
JADUAL
PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SELANGOR TAHUN 1446H/2025M
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2024 yang bersidang pada 21 Oktober 2024 bersamaan 18 Rabi’ul Akhir 1446H telah membincangkan mengenai kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M dan mesyuarat memutuskan seperti yang berikut:
1. Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M ditetapkan sebanyak RM7.00 bagi setiap orang Islam yang wajib membayar zakat di Negeri Selangor.
2. Bagi mana-mana orang Islam yang berkemampuan, digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan dengan kadar seperti berikut:
Jenis Beras Kadar (RM)
(a) Beras Perang 15.00 Beras Pulut Beras Wangi Beras Merah
(b) Beras Jepun 22.00 Beras Basmathi Beras Herba Ponni
Bertarikh 12 Februari 2025 [MAIS/BUU/600-6/1/46; PU.(ADV).Sel.PS.05/4/12]
Dengan Titah Perintah
DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-10682
