Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

HUKUM PIHAK YANG TIDAK DILANTIK ATAU DIBERI KUASA YANG SAH

WARTA KERAJAAN

Sel. P.U. 7. 20hb Januari 2025

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. JADUAL

HUKUM PIHAK YANG TIDAK DILANTIK ATAU DIBERI KUASA YANG SAH MEMBUAT KUTIPAN ZAKAT ATAU MENGAGIHKANNYA

1. Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO), individu atau badan lain yang membuat kutipan zakat di Negeri Selangor atau mengagihkannya tanpa izin Duli Yang Maha Mulia Sultan atau wakilnya yang diberi kuasa iaitu Majlis Agama Islam Selangor atau Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Berdaftar adalah tidak sah mengikut hukum syarak.

2. Pembayaran zakat yang dibuat kepada individu atau badan lain yang tidak diberi kuasa yang sah itu adalah tidak sah dan pembayarnya masih tidak terlepas daripada kewajipan membayar zakat itu.

Bertarikh 7 Januari 2025 [MAIS/BUU/600-6/1/37; P.U.Sel. (ADV) PS.05/4/12] Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-10643