Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز

FATWA PEMINDAHAN KUBUR ORANG ISLAM DI TANAHPERKUBURAN SELAT KLANG BAGI KERJA-KERJA PROJEKLALUAN KERETA API PANTAI TIMUR(EAST COAST RAIL LINK) DI NEGERI SELANGOR

WARTA KERAJAAN

Sel. P.U. 15. 15hb April 2025

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. JADUAL FATWA PEMINDAHAN KUBUR ORANG ISLAM DI TANAH PERKUBURAN SELAT KLANG BAGI KERJA-KERJA PROJEK LALUAN KERETA API PANTAI TIMUR (EAST COAST RAIL LINK) DI NEGERI SELANGOR

1. Hukum memindahkan kubur orang Islam adalah harus untuk kepentingan awam termasuk pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam, Selat Klang bagi tujuan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (East Coast Rail Link).

2. Pihak yang berhasrat untuk memindahkan kubur itu hendaklah bertanggungjawab menguruskan pemindahan kubur dan penggantian tanah kubur yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan mengikut undang-undang.

3. Segala aktiviti pengebumian jenazah baharu di tapak perkuburan itu hendaklah dihentikan.

Bertarikh 8 April 2025 [MAIS/BUU/600-6/1/40; P.U. Sel (ADV) PS.05/4/12]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-11013