Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المواريث

HUKUM TUNTUTAN HUTANG TUNGGAKAN CUKAI PENDAPATAN SI MATI KEPADA AHLI WARIS

WARTA KERAJAAN Sel. P.U. 1. 12hb Januari 2026

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. JADUAL HUKUM TUNTUTAN HUTANG TUNGGAKAN CUKAI PENDAPATAN SI MATI KEPADA AHLI WARIS 1. Tunggakan cukai pendapatan si mati adalah wajib diselesaikan oleh ahli waris dengan menggunakan harta si mati. 2. Tunggakan cukai pendapatan si mati hendaklah tidak termasuk dengan sebarang denda kelewatan yang ditaksirkan selepas kematiannya.

Bertarikh 2 Januari 2026 [MAIS/BUU/600-6/1/48; P.U. Sel (ADV) PS.05/4/12]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-12967