Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأطعمة والأشربة

Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Plasma Darah Dalam Makanan Atau Minuman

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN ATAU MINUMAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-130 yang bersidang pada 25 Jun 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Plasma Darah dalam Makanan atau Minuman. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Hukum menggunakan plasma darah dalam makanan atau minuman adalah haram kerana penggunaan plasma darah tersebut bukan dalam keadaan darurat. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 173:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang tidak disembelih kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.”

2. Dalam keadaan yang bukan darurat, masih terdapat bahan lain seperti gelatin halal, protein tambahan dan seumpamanya yang boleh digunakan dalam produk makanan dan minuman selain daripada penggunaan plasma darah.

3. Bagi maksud Fatwa ini, plasma darah adalah cecair kuning pucat yang terdapat dalam darah pada perkadaran 55% daripada darah tersebut.

Bertarikh 26 Oktober 2022 Dated 26 October 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 16]

PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-103458cb