Hukum Mengenai Pendengaran Prosiding Kes Mahkamah Syariah Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE HUKUM MENGENAI PENDENGARAN PROSIDING KES MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-134 yang bersidang pada 26 dan 27 Oktober 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Mengenai Pendengaran Prosiding Kes Mahkamah Syariah melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Dalam keadaan darurat atau keadaan tertentu, pendengaran prosiding kes Mahkamah Syariah bagi kes-kes mal melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskan dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak untuk dilaksanakan, dengan syarat— (a) Pelaksanaan setiap sesi prosiding antara pihak-pihak yang terbabit dalam Majlis al-Qadha’ hendaklah di tahap al-Yaqin (yakin).
(b) Setiap sesi prosiding tidak terdapat unsur gharar (penipuan), tadlis (sembunyi) dan syak antara pihak-pihak yang terbabit dalam Majlis al-Qadha’.
(c) Syarat-syarat pada rukun-rukun Majlis al-Qadha’ hendaklah dilaksana dan dipelihara dengan sempurna ketika prosiding kehakiman, keterangan dan kesaksian seperti yang berikut:
(i) Hakim; (ii) Keputusan mahkamah; (iii) Perkara yang diperselisihkan; (iv) Pihak yang mendakwa; dan (v) Pihak yang didakwa.
(d) Mematuhi perintah Ulil Amri dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.
Bertarikh 26 Oktober 2022 Dated 26 October 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 16]
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-e0a33266
