Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Menawarkan Khidmat Doa
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN HUKUM MENAWARKAN KHIDMAT DOA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-100 yang bersidang pada 27 Februari 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menawarkan Khidmat Doa. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Hukum menawarkan khidmat doa dengan menetapkan bayaran tertentu seperti valet doa atau apa-apa nama lain adalah haram kerana terdapat unsur eksploitasi agama Islam.
2. Hukum ini dibuat bagi menghalang perkara-perkara yang boleh membawa kepada
perbuatan menjual agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Bertarikh 28 Mei 2021 Dated 28 May 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld.15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-8bdc42d3
