Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

6/138/2022 28-29 September 2022

PENENTUAN KADAR DUA MARHALAH, QARYAH DAN BALAD DARI PERSPEKTIF FIQH SEMASA

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-138/2022 yang bersidang pada 28-29 September 2022 telah memutuskan bahawa:

Bersetuju dengan cadangan penentuan kadar 2 Marhalah, Qaryah dan Balad dari perspektif Fiqh semasa mengikut kepada ketetapan yang berikut:

1. Penyelarasan Kadar 2 Marhalah adalah pada 81 km (taqribi)

2. Persempadanan dan penentuan Qaryah dan Balad adalah mengikut pilihan yang berikut:

a) Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta/Enakmen Negeri atau;

b) Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), atau;

c) Persempadanan peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Sistem i-plan, atau;

d) Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium/rumah pangsa dan seumpamanya) yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Agama Negeri.

3. Bagi tujuan pembangunan aplikasi dan keperluan teknologi digital, ditetapkan nilai kadar dua (2) marhalah adalah pada 81 km (taqribi) selaras dengan pandangan syarak dan ukuran semasa serta diharuskan menggunakan nilai 11 km (termasuk 81 km) dari titik mula musafir bagi persempadanan Qaryah dan Balad.

Bertarikh 28-29 September 2022 MJKPHSWP Kali Ke-138/2022

DATUK PROF. DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-16e17b53