Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المعاملات المالية

Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat-Ayat Ruqyah (Ayat-Ayat Quran) Untuk Tujuan Komersial

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT-AYAT RUQYAH (AYAT-AYAT QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-105 yang bersidang pada 30 November 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat-Ayat Ruqyah (ayat-ayat Quran) untuk Tujuan Komersial. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Penggunaan ayat-ayat ruqyah secara umumnya adalah diharuskan mengikut Hukum Syarak.

2. Walau bagaimanapun, penggunaan ayat-ayat ruqyah dengan tujuan untuk melariskan sesuatu produk adalah tidak dibenarkan. Perkara ini adalah sebagai langkah sadd azzara’i yang akan membawa kepada perbuatan menjual agama bagi mendapat habuan dunia.

3. Bagi maksud Fatwa ini, langkah Sadd azzara’i merupakan tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan atau perkara yang diharamkan, contohnya, larangan menjual anggur kepada pembuat arak atau menjual senjata kepada musuh.

Bertarikh 12 Julai 2021 Dated 12 July 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-6be89d02