Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المعاملات المالية

Fatwa Berkenaan Dengan Pengurusan Wang Tidak Patuh Syariah

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 telah membincangkan perkara berkenaan dengan pengurusan wang tidak patuh syariah. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Harta tidak patuh Syariah ialah harta yang diperoleh dengan cara yang menyalahi hukum Syarak seperti harta yang diperoleh hasil daripada riba, rasuah, judi, gharar dan sebagainya.

2. Harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) dan diagihkan untuk maslahat umum.

3. Pengurusan harta tidak patuh syariah tertakluk di bawah Prosedur Operasi

Standard yang telah ditetapkan oleh Baitulmal MAIWP.

Bertarikh 19 Ogos 2021 Dated 19 August 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-95ad1985