Fatwa Berekenaan Dengan Kewajipan Membayar Zakat Emas Bagi Pelaburan Emas
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT EMAS BAGI PELABURAN EMAS
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 yang bersidang pada 27 Ogos 2014 telah membincangkan perkara berkenaan dengan kewajipan membayar zakat emas bagi pelaburan emas. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
(a) Apa-apa modal bagi pelaburan patuh syariah yang merangkumi emas fizikal, akaun simpanan emas dan akaun emas maya, dan apa-apa keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut wajib dikenakan zakat simpanan;
(b) Apa-apa modal bagi pelaburan yang tidak patuh syariah yang merangkumi emas fizikal, akaun simpanan emas dan akaun emas maya wajib dikenakan zakat ke atas pelaburan pokok dan dikategorikan sebagai zakat wang simpanan. Walau bagaimanapun, apa-apa keuntungan daripada pelaburan emas tersebut dianggap sebagai wang yang tidak patuh syariah dan tidak dikenakan zakat namun perlu dibersihkan keuntungan tersebut; (c) Bagi maksud Fatwa ini, pelaburan emas yang melebihi nisab dan genap setahun wajib dikenakan zakat.
Bertarikh 22 November 2021 Dated 22 November 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-6637ddd9
