Fatwa Berkenaan Dengan Penyelesaian Hutang Kepada Pemiutang Atau Waris Pemiutang Yang Tidak Dapat Dikesan
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN PENYELESAIAN HUTANG KEPADA PEMIUTANG ATAU WARIS PEMIUTANG YANG TIDAK DAPAT DIKESAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 telah membincangkan perkara berkenaan dengan penyelesaian hutang kepada pemiutang atau waris pemiutang yang tidak dapat dikesan. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Mana-mana orang yang berhasrat untuk menyelesaikan hutang tetapi tidak menjumpai pemiutang atau waris pemiutang, maka boleh menyerahkan harta tersebut atau apa-apa harta yang bersamaan dengan nilai sebagai penyelesaian hutang tersebut kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”).
2. Harta tersebut hendaklah dipulangkan oleh Baitulmal MAIWP kepada pemiutang atau waris pemiutang sekiranya ia dituntut oleh pemiutang atau waris pemiutang itu.
3. Pengurusan penyelesaian hutang pihak ketiga tertakluk di bawah Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Baitulmal MAIWP.
Bertarikh 19 Ogos 2021 Dated 19 August 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-a08513d8
