Fatwa Berkenaan Dengan Pemindahan Tanah Perkuburan Lama Di Lot 192, Seksyen 56, Jalan Hang Tuah, Mukim Bandar Kuala Lumpur
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN PEMINDAHAN TANAH PERKUBURAN LAMA DI LOT 192, SEKSYEN 56, JALAN HANG TUAH, MUKIM BANDAR KUALA LUMPUR
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-62 yang bersidang pada 25 Oktober 2003 telah membincangkan perkara berkenaan dengan pemindahan tanah perkuburan lama di Lot 192, Seksyen 56, Jalan Hang Tuah, Mukim Bandar Kuala Lumpur. Fatwanya adalah:
Semua kubur di Tanah Perkuburan Lama di Lot 192, Seksyen 56, Jalan Hang Tuah, Mukim Bandar Kuala Lumpur dipindahkan ke tanah perkuburan Islam baharu yang dikenali sebagai “Tanah Perkuburan Bab Al-Jannah” mengikut peraturan pemindahan kubur yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan penggunaan tanah yang seminimum mungkin.
Bertarikh 22 November 2021 Dated 22 November 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-330c8916
