Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المعاملات المالية

Fatwa Berkenaan Dengan Aktiviti Jual Beli Pada Waktu Solat Jumaat

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN AKTIVITI JUAL BELI PADA WAKTU SOLAT JUMAAT

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara yang berkenaan dengan aktiviti jual beli pada waktu solat Jumaat. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Mana-mana orang adalah dilarang daripada melakukan aktiviti jual beli pada waktu solat Jumaat bermula daripada azan yang pertama sehingga imam selesai memberi salam.

2. Pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dalam hal perkara yang berkaitan dengan pengawalan aktiviti jual beli dalam sesebuah kawasan bolehlah menyediakan garis panduan yang bersesuaian berdasarkan larangan yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Bertarikh 30 November 2021 Dated 30 November 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-b8b569de