Penggunaan Wang Tak Patuh Syariah Bagi Program Anjuran Maiwp (Rahmatan Lil ‘Alamin)
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/123/2020 25 Jun 2020
PENGGUNAAN WANG TAK PATUH SYARIAH BAGI PROGRAM ANJURAN MAIWP (RAHMATAN LIL ‘ALAMIN)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-123/2020 yang bersidang pada 25 Jun 2020 telah memutuskan bahawa:
1. Tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan penggunaan wang tersebut digunakan bagi perbelanjaan makan minum kepada delegasi luar negara.
2. Wang tidak patuh Syariah hanya dibenarkan penggunaannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-92 pada 7 Julai 2015 dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bil. 3/2019 pada 11 September 2019.
Bertarikh 25 Jun 2020 MJKPHSWP Kali Ke-123/2020
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-8108103b
