Fatwa Berkenaan Dengan Susunan Wali Nasab Bagi Seseorang Perempuan Dalam Perkahwinan
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN SUSUNAN WALI NASAB BAGI SESEORANG PEREMPUAN DALAM PERKAHWINAN Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang bersidang pada 30 November 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Susunan Wali Nasab bagi Seseorang Perempuan dalam Perkahwinan. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Susunan wali nasab bagi seseorang perempuan dalam perkahwinan adalah seperti yang berikut:
(a) Bapa;
(b) Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas;
(c) Saudara lelaki seibu sebapa; (d) Saudara lelaki sebapa; (e) Anak saudara lelaki seibu sebapa; (f) Anak saudara lelaki sebapa; (g) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah; (h) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah; (i) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa; (j) Bapa saudara sebelah bapa sebapa; (k) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu); (l) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu); (m) Anak sepupu seibu sebapa ke bawah; (n) Anak sepupu sebapa ke bawah; (o) Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara); (p) Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara); (q) Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa;
(r) Anak lelaki datuk saudara sebapa; (s) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah; (t) Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah; (u) Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara); (v) Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara); (w) Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa; (x) Anak lelaki moyang saudara sebapa; (y) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa; dan (z) Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa. 2. Jika suatu perkahwinan itu melibatkan seseorang perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja selaras dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Bertarikh 14 Ogos 2020 Dated 14 August 2020 [PMWP/100/20.Klt.5; PN(PU2)530/XIV] DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-5e6a97ba
