Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Fatwa Berkenaan Hukum Pengislaman Kanak-Kanak

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK 4/113/2019 22 JANUARI 2019

FATWA BERKENAAN HUKUM PENGISLAMAN KANAK-KANAK Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke- 113/2019 yang bersidang pada 22 Januari 2019 telah memutuskan bahawa: 1. Pengislaman kanak-kanak1 yang sudah mumayyiz adalah SAH.2

1 1. Definisi Kanak-Kanak:  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kanak-kanak” bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun). Manakala istilah “remaja” pula merujuk kepada seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur yntuk berkahwin.  Seksyen 2 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyebutkan bahawa kanak-kanak adalah: “seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun”  Ibn Manzhur di dalam kitabnya Lisan al-Arab menyebut Al-Sighar (الصغر) dari sudut bahasa bermaksud: Kurang saiznya atau kurang umurnya maka dia adalah saghir (kecil). Ia adalah perkataan yang berlawanan dengan besar. (Lihat Lisan al-Arab, 4/458)  Daripada istilah Fiqh, ia membawa maksud: Suatu ciri yang dikaitkan dengan seorang manusia semenjak kelahirannya sehinggalah dia bermimpi (baligh). (Lihat Kasyf Al-Asrar oleh al-Bazdawi, 4/1358) 2 1. Keputusan di atas adalah berpandukan hujah-hujah yang berikut: a) Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. memeluk Islam sewaktu dia masih kecil. b) Sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص:

Maksudnya: “Semua anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. (Riwayat al-Bukhari, 1357 dan Muslim, 2658)

c) Sebahagian ulamak Syafieyyah seperti Imam al-Suyuti berpendapat bahawa sah Islam kanak-kanak yang bukan Islam apabila dia mengucap dua kalimah syahadah. Mereka berdalilkan hadis daripada Muslim al-Tamimi r.a.:

Maksdunya: “Nabi ملسو هيلع هللا ىلص telah mengutuskan kami dalam suatu peperangan/ ketika kami menyerang musuh, aku dapat mendahului sahabat-sahabatku dengan cara menunggang kuda. Llau kami menemui para wanita dan kanak-kanak yang berteriak ketakutan. Aku berkata kepada mereka: “Sukakah kamu menyelamatkan diri kamu?” Mereka menjawab: “Ya”. Aku berkata: “Ucapkanlah: Kami bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad, hamba dan Pesuruh-Nya.” Maka mereka pun mengucap syahadah itu. Lalu sahabt-sahabatku mengatakan kepadaku: “Hampir sahaja kitya memperolehi harta rampasan perang akan tetapi engkaulah yang menghalang kami.” Kemudian kami berangkat menuju Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص, lalu baginda bersabda: “Tahukah kamu apa yang telah dibuat olehnya? Sesungguhnya Allah telah menulis baginmya setiap manusia begini, begitu (yakni pahala tertentu bagi Muslim)” Kemudian baginda mendekatiku.”

[Riwayat al-Tabarani: al-Mu’jam al-Kabir (1052), Sunan Abu Daud (5050) dan Sahih Ibn Hibban (2022)]

Imam al-Suyuti berdalilkan hadis di atas selepas menyatakan:

“(Menerima pengislaman kanak-kanak) tidak menafikan hadis (hadis Ali di atas). Sesungguhnya hanya sahnya yang dinafikan ialah balasan azab jika suatu kemungkaran itu berlaku sewaktu umur kanak-kanak dan keislamannya seperti ibadat. Begitu juga sah puasa kanak-kanak, solat, haji dan lain-lain, maka sah jugalah Islamnya.

(Rujuk al-Asybah wa al-Nazair, 221)

d) Berkata Imam Ibn al-Qayyim dalam Ahkam Ahl al-Dzimmah (2/906): “Nabi ملسو هيلع هللا ىلص tidak sekali-kali pernah menolak keislaman seseorang yang masuk Islam daripada kalangan kanak-kanak, yang dewasa, orang merdeka, hamba, lelaki dan perempuan.

Nabi ملسو هيلع هللا ىلص sendiri tidak pernah memerintahkan, begitu juga tidak pernah para khalifahnya dan sahabat-sahabat lain, supaya kanak-kanak yang masuk Islam sebelum baligh memperbaharui Islamnya. Perkara ini tidak pernah diketahui terjadi dalam sejarah Islam.

e) Hukum ini disokong oleh hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik r.a.:

Bertarikh 22 Januari 2019 MJKPHSWP Kali ke 113/2019 DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Maksudnya: Ada seorang kanak-kanak Yahudi yang berkerja dengan Nabi ملسو هيلع هللا ىلص kemudia kanak-kanak itu jatuh sakit. Nabi ملسو هيلع هللا ىلص datang menziarahinya, dan baginda duduk di sisi kepalanya seraya bersabda kepadanya: “Islalah kamu”, lalu dia memandang ayahnya yang ada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: “Taatilah Abu al-Qassim (gelaran Nabi ملسو هيلع هللا ىلص).” Lalu dia pun masuk Islam dan Nabi ملسو هيلع هللا ىلص keluar seraya berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anak itu daripada neraka.”

(Riwayat al-Bukhari,1356)

f) Imam Ibn Hajar al-Asqalani apabila mensyarahkan hadis ini, beliau bersetuju dengan pendapat yang mengesahkan keislaman kanak-kanak dengan berkata bahawa hadis ini, antara lain, dalil keharusan mendakwahkan Islam kepada kanak-kanak. Kata beliau, jika keislaman itu tidak sah, mengapakah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص mengajak kanak-kanak itu kepada Islam? Begitu juga apabila baginda bersabda bahawa Allah s.w.t. telah menyelamatkannya daripada neraka yang menjadi dalil bahawa sah keislaman kanak-kanak itu, yakni sekiranya kanak-kanak itu membesar sebagai seorang kafir lalu mati, nescaya dia akan diazab. (Rujuk Fath al-Bari, 3/221)

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2019-a782d7e9