Fatwa Berkenaan Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin
Fatwa Berkenaan Dengan Upacara Perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan upacara perbomohan Ibrahim Bin Mat Zin. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Apa-apa upacara atau amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam1. Ciri-ciri 1 1. Setelah kami melihat kepada amalan yang dilakukan oleh beliau, maka kami dapati bahawa amalan tersebut tidak terdapat di dalam Al-Qur’an, hadis dan juga athar yang sahih daripada generasi salafussoleh. Untuk itu, di sini kami nyatakan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa amalan yang dilakukan itu adalah satu perkara yang baru dan ia tidak diterima serta bercanggah dengan ajaran agama yang suci ini. (Rujuk Bayan Linnas Siri Ke- 87)
2. Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil-dalil berikut: (a) Daripada Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan kami ini (agama) yang bukan berasal darinya, maka ianya tertolak.”
(Riwayat Muslim, no. 1718)
(b) Di dalam riwayat yang lain, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan berasal dari agama kami, maka amalan itu tertolak.”
(Riwayat Muslim, no. 1718)
Hadis ini adalah kaedah yang agung di dalam agama dan ia merupakan sebahagian daripada jawami’ al-kalim (ringkas dan makna yang padat) yang dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Haithami:
“Hadis ini merupakan salah satu kaedah yang terdapat di dalam Islam dan manfaatnya amat luas jika dipandang dari sudut lafaznya kerana ia merupakan mukadimah umum bagi setiap dalil yang digunakan untuk menerbitkan hukum syarak.”
Hadis ini juga merupakan salah satu daripada asas yang penting di dalam Islam. Sepertimana hadis “semua amalan adalah bergantung pada niat” yang merupakan neraca kepada setiap amalan manusia samada zahir atau batin. Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya di dalam urusan beragama, maka ia bukanlah daripada agama ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie Rahimahullah:
“Apa yang diada-adakan dan menyanggahi al-Quran, sunnah, ijmak atau athar, maka ia adalah bidaah yang sesat. Manakala perkara baru yang baik yang diwujudkan dan tidak menyanggahi semua itu, maka ia adalah bidaah yang terpuji.”
(c) Selain itu juga, Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari Rahimahullah antara lain berkata: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan (agama) kami yang ia bukannya daripada urusan (agama) kami, maka ia tertolak”, yang dimaksudkan perkara baru yang diadakan di dalam agama ini terbahagi kepada dua:
i. Pertama: Perkara yang bukan daripada agama dan bercanggah dengan kaedah dan dalil yang sahih maka ia adalah tertolak. Inilah yang dimaksudkan dengan bid’ah yang sesat lagi tertolak.
ii. Kedua: Perkara yang disokong oleh prinsip agama atau disokong dengan dalil yang sahih maka ia diterima. Inilah yang dimaksudkan dengan sunnah yang baik.
penyelewengannya termasuklah:
(a) mendakwa bahawa dirinya memperoleh ilmu daripada harimau jadian;
(b) melakukan upacara memecahkan buah tembikai untuk meredakan cuaca panas akibat fenomena El- Nino;
(c) melakukan upacara mengesan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan menggunakan teropong, kelapa, bubu dan sebagainya.
2. Mana-mana orang hendaklah menjauhi upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikutnya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut amalan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.
3. Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan, atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman, laman sesawang, media sosial, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.
4. Tiada seorang pun boleh mengajar, menyebar, menghidupkan, membantu, menganjur, mempromosi upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa upacara, kepercayaan, perbuatan atau amalan perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
5. Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2, 3 dan 4.
Bertarikh 09 Oktober 2019 Dated 9 October 2019 [PMWP/100/20 Klt.2; PN(PU2)530/XIII]
DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2017-bc826e2e
