Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Valet Doa

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK

8/100/2017 27 FEBRUARI 2017

2DOA1VALET

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke- 100/2017 yang bersidang pada 27 Februari 2017 telah memutuskan bahawa:

1. Konsep valet doa TIDAK MENEPATI dan mengikuti syariat Islam yang sebenarnya kerana pakej-pakej yang ditawarkan mereka berbeza-beza mengikut tahap kemustajaban doa. Justeru, Jawatankuasa berpendapat hukumnya adalah HARAM. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta apabila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar R.A dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar R.A. Ia dibimbangi boleh menjejaskan akidah dan membawa kepada syirik.

2. Jawatankuasa juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan dari aspek komersialnya dan pemanipulasian doa. Hal ini jelas sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said ra, Sabda Rasulullah SAW:

1 Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat. 2 Definisi doa seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Khattabi ialah “Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doaitu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihat Sya’n al-Dua’, hal.4)

Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripadanya tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: “Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: “(Maka balasan) Allah lebih banyak.” (Riwayat Ahmad, no. 10749)

Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya3. Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.4

3 Ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95).

4 Berikut adalah beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa setelah mesyuarat meneliti copywriting yang diletakkan di Facebook Valet Doa. Antaranya ialah: i. Etika Pengiklanan Dalam Islam individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam

ii. Hak Mutlak Allah Sebagai al-Mujib hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya. Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepadaNya tanpa boleh dipaksa oleh mana-mana hambanya. Allah sahaja bersifat penerima doa dan yang memakbulkannya. Benarlah firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.” (Surah Hud:61)

Berikut adalah beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya ialah:

 Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.  Ikhlas kepada-Nya dalam doa, memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah SWT yang mulia dan memuji Allah SWT sebelum berdoa.  Berselawat ke atas Nabi SAW 3. Jawatankuasa juga menyarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah.

Bertarikh 27 Februari 2017 MJKPHSWP Kali ke 100/2017

DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

 Menghadap kiblat  Mengangkat kedua tangan.dan yakin kepada Allah akan kemakbulannya.  Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.  Khusyuk dalam berdoa dan mengulang-ulangi permohonan doa.  Mengelokkan makanan dan minuman.  Merendahkan suara ketika berdoa.

iii. Akhlak Dengan Allah SWT; Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah selayak dan seafdhalnya (sebaiknya) orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.” (Surah al-A’raf: 188)

iv. Salah Faham Konsep Doa Dalam al-Quran bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.” (Surah al-A’raf: 188)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dengan kekeliruan yang timbul disebabkan isu Valet Doa ini. Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami? Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang dimakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami’ al-dua’ (Yang Mendengar doa).

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2017-94847db9