Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Pelaburan Yang Menjamin Keuntungan Tetap
[Hukum Pelaburan1 Yang Menjamin Keuntungan Tetap2]
Apa-apa pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan di dalam dan di luar negara adalah haram kerana mengandungi unsur riba3 dan gharar.4 Umat Islam adalah dilarang terlibat dengan pelaburan ini.
1 Antara dalil pensyariatan muamalah pelaburan ialah hadis daripada al-Ala’ Bin Abdul Rahman daripada bapanya dan daripada datuknya:
Maksudnya: “Suatu ketika Uthman RA memberikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka.” Riwayat Imam Malik (2/687) dan al-Baihaqi (6/111)
2 Setiap akad pelaburan yang dijanjikan keuntungan tetap adalah tidak sah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 7/77, Bada'i al-Sona'i, 6/86, Mughni al-Muhtaj, 3/404)
3 Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Baqarah 2: 278)
Maksudnya: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al-Baqarah 2: 279) 4 Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah al-khathr, al-khathr pula bermaksud pertaruhan ataupun pengambilan risiko. Dalam erti kata lain, gharar adalah pengambilan risiko yang melampau ataupun tanpa pertimbangan dari pihak pengambilrisiko tersebut.
Bertarikh 06 November 2007
[PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/V]
Gharar juga bermaksud ketidakpastian, manakala ketidakpastian bermaksud terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
Menurut Ibnu Rusyd, gharar adalah kurangnya maklumat tentang keadaan barang ataupun objek yang wujud keraguan pada kewujudan barang, kualiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait rapat dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui. )Lihat buku Bidayatul Mutahid wa Nihayah al-Muqtasid disusun oleh Ahmad Abu Al-Majdi.(
Syeikh Wahbah Zuhaili mendefinisikan gharar sebagai al-khatar dan al -taghrir yang bermaksud satu elemen atau penampilan yang menimbulkan kerosakan pada sesuatu (harta) ataupun sesuatu yang pada zahirnya adalah di dalam bentuk ketidak adilan dan sebagainya. )Lihat buku Al-Fiqh al-Islami wa ‘Adillatuhu, 435-437(
Hukum gharar di dalam Islam ialah haram. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadith Abu Hurairah yang berbunyi:
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar.”
)Hadith riwayat Muslim, 1513)
DATO’ HJ. WAN ZAHIDI BIN WAN TEH, Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2007-5e2c8a11
