Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

Fatwa Berkenaan Dengan Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal, Kedudukan Air Musoffa, Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau Dan Ayah Pin Dan Ajaran Salah Haji Kahar Bin Haji Ahmad Jalal

[Hukum Membina Dan Merobohkan Bangunan Masjid] 1

Adalah harus merobohkan masjid bagi tujuan pembinaan masjid baru dengan syarat-syarat yang berikut:

(a) sebuah surau bertaraf sementara hendaklah ditentukan oleh Perundingan Hukum Syarak bagi tujuan sembahyang Jumaat kariah berkenaan;

(b) perkakas atau alat-alat yang masih boleh digunakan hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manfaatnya kepada masjid lain yang berdekatan atau dipanjangkan manfaatnya untuk tujuan wakaf2 sahaja;

1 Masjid merupakan tempat untuk beribadat kepada Allah SWT. Terdapat banyak kelebihan dan kemuliaan kepada sesiapa yang mengimarah dan membinanya. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Usman bin Affan RA, Nabi SAW berkata:

Maksudnya: Barang siapa yang membina masjid kerana mengharapkan wajah Allah SWT, Allah akan membinakannya bangunan seperti itu di dalam syurga Riwayat Muslim (533)

Semulia-mulia masjid di muka bumi adalah: Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 37/195) 2 Pengertian wakaf adalah menahan sesuatu harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang harus wujud. Pensyariatan wakaf berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya” (Surah ali-Imran, 92). Apabila Abu Talhah mendengar ayat ini, beliau bercadang untuk mewakafkan hartanya, lalu beliau datang dan meminta pendapat lanjut daripada Nabi SAW. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/147)

Orang yang membangunkan sebuah masjid akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

(c) lebihan batu bata, simen, kayu serta besi dari tapak tersebut hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manfaatnya bagi tujuan wakaf sahaja; dan

(d) pembinaan kuarters dan kediaman kakitangan masjid adalah tertakluk kepada pandangan dan kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

[Hukum Melantik Wanita Sebagai Hakim3 Syarie]

Wanita harus dilantik menjadi Hakim Syarie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas.4 Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur.

3 Al-Qadha’ atau kehakiman menurut istilah syara’ ialah menyelesaikan sesuatu pertelagahan yang berlaku antara dua pihak atau lebih, berdasarkan hukum Allah SWT. Terdapat banyak dalil tentang pensyariatannya di antaranya surah al-Maidah yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau menghukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah” (Surah al-Maidah, 49). Hukum menjawatnya adalah fardhu kifayah kerana termasuk di dalamkonteks menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 5/357) 4 Fuqaha’ berbeza pendapat berkenaan dengan perlantikan hakim wanita. Mengikut jumhur fuqaha’, larangan secara mutlak terhadap perlantikan wanita sebagai jawatan hakim. Ini kerana syarat-syarat sahnya adalah lelaki. Adapun pendapat Mazhab Hanafi mengharuskanya dengan syarat, dibolehkan [Kumpulan The Black Metal] 5

Amalan dan perbuatan Kumpulan The Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar6. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

wanita menjadi hakim kecuali dalam menghakimi kes-kes berkenaan dengan hudud dan qisas. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaili, 8/5936)

5 Black Metal adalah satu kumpulan muzik yang berkonsepkan heavy metal dan berasal daripadan Negara barat. Aliran muzik yang dimainkan biasanya berunsurkan lagu-lagu dan lirik-lirik yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan dan alam ghaib selaras dengan budaya hippies di mana lagu-lagu rock menjadi muzik tema kegemaran mereka. Lirik-lirik lagu yang dimainkan menggambarkan kecenderungan terhadap penagihan dadah, arak mahupun seks bebas. (Lihat Black Metal: Unsur yang Bercanggah dengan Islam oleh Hj Abdullah Abdul Rahman, hlm. 143-144)

6 Kumpulan Black Metal menjalankan aktiviti-aktiviti yang melanggar ajaran Islam dari aspek Aqidah, Syariah dan Akhlak: 1. Dari segi Aqidah: - Memijak al-Qur’an - Memuja iblis dan syaitan - Beramal dengan fahaman tiada agama (Free Thinker) - Anti ketuhanan - Mengaku telah murtad

2. Dari segi Syariah - Membakar dan menghina al-Qur’an - Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan - Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api - Meminum arak - Mengamalkan seks bebas - Menggalakkan amalan bunuh diri - Menggalakkan pembunuhan

3. Dari segi Akhlak: - Suka kepada muzik berbentuk heavy metal, ganas dan liar di samping menggagungkan syaitan dan memuja roh - Minum darah binatang yang dibunuh dengan kejam sebagai simbolikanti ketuhanan kepada semua agama - Berpakaian tidak senonoh serta aksesori seperti rantai salib terbalik dan pentagram - Membuat parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling Salah satu band Black Metal, Gorgoroth yang menjadi pujaan pengikut Black Metal.

[Hukum Menggunakan Kaedah Autopsi Maya7 Sebagai Alternatif Kepada Kaedah Bedah Mayat]

Penggunaan kaedah Autopsi Maya (virtual autopsy) dalam bedah siasat mayat jika memenuhi keperluan, wajib diberi keutamaan berbanding kaedah bedah siasat yang diamalkan sekarang.8

- Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama serta bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan serta melakukan seks bebas - Menghisap dadah (Lihat Black Metal: Unsur yang Bercanggah dengan Islam oleh Hj Abdullah Abdul Rahman, hlm. 146-148) 7 Autopsy bermaksud pemeriksaan ke atas mayat utk mencari dan menentukan punca kematian (Lihat Kamus Pelajar Edisi Kedua). Ia merupakan kaedah pengimejan yang dilakukan ke atas pesakit bagi mengesan sesuatu pesakit tanpa perlu menyentuh pesakit. Kaedah gabungan di antara sistem 3D Computed Tomography (CT) dan MRI. Ia boleh memeriksa pesakit dari segi pelbagai sudut yang dikehendaki. (Lihat Autopsi Maya (Virtual Autopsy) Sebagai Alternatif kepada Bedah Siasat Mayat oleh Hajjah Norliah binti Sajuri, hlm. 2-3) 8 Di dalam kaedah Fiqh, mengurangkan kemudharatan merupakan faktor utama yang patut diambi berat. Ini seperti yang didatangkan dalam kaedahnya:

Maksudnya: Apabila terdapat pilihan antara dua kemudharatan maka pilih mudharat yang paling ringan (Lihat al-Qawaid al-Fiqhiyah wa Tatbiqataha fi al-Mazhab al-Arba’ah).

Oleh itu kaedah autopsi maya ini lebih mengurangkan kemudharatan berbanding autopsi klasik dalam operasi bedah siasat. (Untuk bacaan lanjut, boleh juga merujuk artikel di laman rasmi Pejabat Mufti [Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal]

Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makanan najis seperti daging babi, bangkai dan sebagainya. 9

[Kedudukan Air Musoffa10 Dan Seumpamanya]

Penjualan air musoffa dan sebarang jenis air yang diproses seumpamanya secara komersial adalah dilarang kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan11.

Wilayah Persekutuan [www.muftiwp.gov.my] dalam siri Irsyad al-Fatwa ke-94: Hukum Melakukan Autopsi Ke Atas Mayat) 9 Dikenali haiwan Jallalah. Mengikut pandangan mazhab al-Syafie makruh memakan haiwan jallalah ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Umar RA yang bermaksud: Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan. (Riwayat Abu Daud, nombor 3785). Meskipun hadis ini berbentuk larangan, namun ia merupakan makruh tanzih. Imam Nawawi didalam kitab beliau menyatakan sekiranya haiwan Jallalah ini diberi makanan yang bersih dan baik, maka tidak makruh memakannya. Selain itu sebaiknya mengkuarantinkannya selama 40 hari dengan memberi makanan yang bersih (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/28).

Selain itu mengikut pandangan mazhab Hanbali, dikuarantinkan selama 3 hari atau lebih sehingga hilang baunya. (Lihat al-Mughni, 9/414) Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel di laman rasmi PMWP dalam siri Al-Kafi#456: Hukum Makan Ikan Keli Dan Ikan Patin Yang Diberi Makan Daging Khinzir. 10 Air Musoffa ialah gabungan istimewa larutan daripada penulisan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa pilihan dengan menggunakan ekstrak bunga Za’faran sebagai dakwat yang ditulis dalam pinggan putih serta pena penulisan daripada ranting kayu. Lihat http://www.utusan.com.my/rencana/utama/jangan-perdagang-al-quran-1.68075 11 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- 72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan. (Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia oleh JAKIM, hlm.16)

[Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau12 Dan Ayah Pin]13

Ariffin bin Mohamad atau Ayah Pin

12 Ajaran Hassan Anak Rimau diasaskan pada tahun 1980 oleh Hassan bin Yaakob atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Hassan atau Pak Chu Hassan atau Pak Teh Hassan di kalangan pengikutnya. Namun beliau lebih terkenal dengan panggilan Hassan Anak Rimau oleh masyarakat umum. (Lihat Ajaran Sesat Satu Ancaman Terhadap Negara oleh Mohd. Ramzi Omar, hlm 101)

Ajaran Hassan Anak Rimau ini adalah salah satu daripada ajaran yang berasaskan tarekat Wujudiah Batiniah. Ia diasaskan secara rasminya pada tahun 1980 oleh Hassan bin Yaakob. Di kalangan pengikutnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah Hassan atau Pak Chu Hassan atau Pak Teh Hassan. Panggilan yang popular di kalangan masyarakat umum ialah Hassan Anak Rimau. Hassan dilahirkan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Kemudian dia berpindah ke Kampung Bukit Gading dan berpindah pula ke kampung Bukit Mas di jajahan Tanah Merah. Di sanalah dia mula memperkenalkan ajaran serta fahaman tarekat tersebut dan disebarkan kepada masyarakat setempat. Hassan sememangnya seorang yang tidak berpendidikan agama, malah jauh sekali untuk digelar sebagai alim. Ini kerana dia tidak pernah mempelajari ilmu agama di pusat pengajian Islam sama ada di pondok, sekolah agama, atau ditempat-tempat lain. Lihat Ajatan Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan oleh Nawi @ Mohd. Nawi Bin Haji Ismail (hlm. 62-63).

13 Nama sebenarnya ialah Ariffin bin Mohamad, berasal dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Berusia 49 tahun (sewaktu ditangkap pada tahun 1992) dan bekerja sendiri. Menetap di Kg. Batu 13, Hulu Besut. Langsung tidak mempunyai pendidikan agam dan hanya tahu serba sedikit membaca muqaddam. (Lihat Penilaian Tentang Keberkesanan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam Menangani Masalah Ajaran Salah oleh Zubaikah Bt. Muda, hlm. 80-85)

(a) bahawa ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau14 dan Ayah Pin15 didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan menyebarkannya; dan

14 Antara penyelewengan yang terdapat dalam ajaran Hassan Anak Rimau ialah:  Mempunyai hubung kait yang rapat dengan Tasawuf Teosofi, Tasawuf Wahdatul Wujud, konsep Martabat Tujuh, dan konsep Nur Muhammad.  amalan nikah batin  Berfahaman Hulul, yang memberi erti penyerapan Tuhan dengan hamba atau makhluk. Oleh itu, ajaran ini menyatakan bahawa Allah SWT akan bersebati di dalam jiwa manusia; dimaksudkan dalam kepercayaan ini ialah Tuhan akan bersebati dengan manusia yang membawa kepada manusia itulah yang dikatakan `Tuhan'.  Mempercayai bahawa manusia mempunyai dan memiliki sifat seperti yang dimiliki oleh Allah SWT  mendakwa bahawa mahagurunya setaraf dengan Muhammad SAW kerana Muhammad SAW juga ialah makhluk  Hassan sendiri telah menyatakan bahawa beliau sama kedudukannya dengan Muhammad SAW, malah lebih tinggi lagi maqamnya daripada maqam Muhammad SAW.  Menafikan kewujudan malaikat  Mendakwa bahawa dosa boleh dihapuskan hanya dengan cara dimandikan oleh orang tertentu yang dianggap mahaguru  Menafikan berlakunya hari kiamat dengan membuat dakwaan bahawa Allah SWT tidak bodoh hendak memusnahkan sesuatu selepas dijadikannya  Menamakan ibadat sembahyang dengan nama sembahyang hakikat'. Sembahyang hakikat ini dilakukan dengan cara hanya memejamkan mata dan bemiat. Mengikut ajaran ini lagi, sembahyang boleh dilakukan awal sedikit iaitu sebelum masuk waktu sekadar satu dua minit jika mustahak.  Mendakwa bahawa hukum kefarduan sembahyang, puasa, zakat, dan haji ialah ciptaan pemerintah, ia tiada kena mengena dengan Tuhan  Mendakwa bahawa sembahyang Jumaat tidak wajib dan seterusnya mendakwa sembahyang lima waktu juga tidak wajib  Mendakwa bahawa amalan zakat sebenarnya hanya memberitahu atau bersyarah kepada orang ramai sahaja  Ibadat haji tidak perlu pergi ke Mekah, memadailah dengan mengerjakannya di negeri sendiri; iaitu hanya memakai niat di dalam hati sahaja  Mendakwa bahawa tidak sah keislaman seseorang Muslim kalau tidak diislamkan oleh guru ajaran ini. Selain itu, Hassan juga mendakwa perkahwinan ahli mereka dengan orang yang bukan mengikut ajaran ini tidak sah kerana mereka belum Islam lagi. (Lihat Ajatan Sesat Hassan Anak Rimau: Satu Sorotan oleh Nawi @ Mohd. Nawi Bin Haji Ismail, hlm. 69-80).

(b) orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

15 Antara penyelewengan dalam ajaran Ayah Pin ialah:  Beliau pernah menyatakan bahawa “Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril".  Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.  Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.  Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.  Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.  Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.  Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.  Beliau mendakwa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.  Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segala kunci-kunci akhirat.  Bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.  Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.  Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.  Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan,sebiji al-Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.  Percaya sesuatu mesti melihatnya dahulu. Dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku:-i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia. ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul. iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab. iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia. v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpanya lagi. vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua perkara, dapatlah Qada' dan Qadar bahagian masing-masing. (Lihat Ajaran Ayah Pin, Rujukan Pewartaan: No. 1461, Tarikh Pewartaan: 4 Disember 1997 – pada bahagian Fatwa di web http://pmr.penerangan.gov.my)

Bangunan termasuk replika binaan yang didirikan Ayah Pin di sekitar kawasan tempat mereka mengadakan perhimpunan ajaran sesat 'kerajaan langit' dengan pengikutnya.

[Ajaran Salah Haji Kahar Bin Haji Ahmad Jalal] 16

(a) bahawa Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal telah membawa ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat Islamiah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada para ulama yang muktabar17;

16 Ajaran ini dibawa oleh Hj Khahar bin Ahmad Jalal dan didapati mula berkembang di rumahnya yang beralamat: No.44, Kg. Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Beliau bekerja sendiri dan pernah beberapa kali membawa Jemaah haji Malaysia ke Mekah. Mendapat pendidikan formal sehingga tamat darjah 5 Sekolah Melayu. Selepas itu, beliau belajar agama daripada arwah ayahnya yang pernah menjadi Imam Masjid Hulu Kelang. Beliau didapati mendalami al-Quran dan membaca kitab-kitab terjemahan sendirian. Lihat Jurnal Penyelidikan Islam: Penyelewengan Ajaran Hj. Khahar b. Hj. Ahmad Jalal, Bahagian Penyelidikan, Cawangan Akidah (hlm. 1)

17 Antara penyelewengan ajaran Hj Kahar: 1. AKIDAH: o Allah berkuasa menurunkan al-Quran kepada hamba-hambaNya, mengumpulkan ke dalam dada dan menjelaskan ayat-ayatnya kepada sesiapa yang dikehendaki di antara hambahamba-Nya; o Haji Abdul Khahar mengaku dirinya sebagai Rasul Utusan Allah. Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah. o Beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan seperti yang dialami oleh Rasulullah (Nabi Muhammad) s.a.w.. o Nabi Muhammad s.a.w ialah nabi kepada kaum pada zamannya sahaja. o Menurut beliau Rasul ialah seorang lelaki di antara manusia dan jin. Rasul diutus oleh Allah ke setiap negeri, setiap bangsa, setiap kaum, setiap golongan dan setiap zaman. o Rasul diutus oleh Tuhan menyampaikan ayat-ayat-Nya dalam bahasa kaumnya sendiri.

o Rasul diutus oleh Tuhan menyempurnakan al-Kitab, Taurat, Injil dan al-Quran. o Beliau tidak percaya kepada al-Quran yang ada sekarang ini sebagai al-Quran yang sebenar, tetapi hanyalah catatan sahaja. Al-Quran yang sebenar berada di atas langit, iaitu di Luh Mahfuz. o Beliau tidak percaya kepada Hadis. Baginya Hadis hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah s.a.w. iaitu kisah seseorang yang diceritakan oleh orang lain kepada seseorang, kemudian keterangan tersebut dicatatkan oleh orang lain, misalannya kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu cerita atas cerita. o Hadis bukannya wahyu daripada Allah, tetapi ialah keterangan atau perkataan manusia biasa, mengikut pandangan atau pendengaran seseorang atau satu-satu kebenaran yang dating daripada sangkaan akal manusia. o Beliau mendakwa mempunyai mukjizat. Mukjizat itu berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Beliau mendakwa pada suatu hari hujan turun, tetapi beliau tidak basah. Pada hari yang lain iaitu hari panas, beliau tidak merasai panas.

2. SYARIAH: o Tidak mempercayai adanya Rukun Islam o Wuduk ialah membersihkan diri daripada syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu atau mengikuti selain daripada Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-rasul-Nya, membelakangkan Allah, tidak berkiblat kepada-Nya dan tidak mengikuti petunjuk yang datang daripada-Nya o Istilah air di sisi Allah ialah petunjuk-Nya atau ayat-ayat-Nya o Istilah tanah di sisi Allah ialah akal dan fikiran yang digunakan dengan baik, benar lagi adil o Sembahyang lima waktu tidak wajib. Baginya sembahyang itu ialah mengabdikan diri terhadap Allah bagi menegakkan kebenarannya atau agamanya dengan ikhlas, merendah diri kepadanya serta tunduk patuh otos perintah dan hukum-hukumNya dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun di samping-Nya atau mengada-adakan sembahyang yang selain daripada-Nya o Ruku' ialah mentaati perintah Allah o Puasa ialah suatu kejadian yang dilakukan oleh Tuhan iaitu is menurunkan kitab al- Quran dan bacaan yang sangat mulia kepada hamba-hambaNya iaitu Rasul dan orang-orang yang beriman di dalam beberapa hari yang berbilang supaya mereka memahami isi kandungan kitab al-Quran secara keseluruhannya dan supaya mereka dapat masuk Islam secara keseluruhannya o Puasa ertinya "berpuas-puasan" o Zakat ialah melakukan apa sahaja perkara yang baik pada diri sendiri dan terhadap orang lain kerana mencari keredaan Allah o Haji ialah penyempurnaan agama Allah terhadap jin dan manusia dan apa sahaja di langit dan di bumi. Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh ditunaikan di mana-mana sahaja di bumi Allah. Baginya pergi ke Mekah dan Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah s.a.w.

(b) buku yang dikarang oleh beliau bertajuk "Al-Furqaan-Pembeda"18 juga adalah haram daripada dicetak, diedar, dibaca, disimpan dan digunakan oleh orang ramai; dan

Abdul Kahar pada 16 Mei 2016 telah mengisytiharkan dirinya bertaubat serta turut menandatangani Dokumen Pengisytiharan Taubat dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

(c) orang ramai adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut serta menyebarkannya.

o Orang Islam yang meninggal dunia tidak perlu disembahyangkan. (Lihat Jurnal Penyelidikan Islam: Penyelewengan Ajaran Hj. Khahar b. Hj. Ahmad Jalal, Bahagian Penyelidikan, Cawangan Akidah, hlm. 3-5)

18 Antara Isu Kandungan buku al-Furqan- Pembeda: o Mukadimah (yang mengandungi huraian mengenai Islam); o Apakah Itu Allah Taala Atau Tuhan Yang Disembah; o Apakah Itu al-Quran; o Dasar-Dasar Hukum Islam; o Rasul; o Hadis; o Iblis; o Kumpulan Doa dan Tasbih; o Wuduk dan Sembahyang; o Haji; o Kumpulan Pantun Dua Kerat Untuk Renungan (Lihat Jurnal Penyelidikan Islam: Penyelewengan Ajaran Hj. Khahar b. Hj. Ahmad Jalal, Bahagian Penyelidikan, Cawangan Akidah, hlm. 2)

Bertarikh 03 Januari 2007 [PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/IVI]

DATO’ HJ. WAN ZAHIDI BIN WAN TEH, Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2007-22da9b14