Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Fatwa Berkenaan Kedudukan Orang Yang Dinamakan Oleh Si Mati Sebagai Penama

Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung, lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi1 kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid2.

1 Wasi merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal ehwal anak-anak si mati, serta membayarkan hutang bagi si mati, serta menjadi wakil bagi si mati. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madzhab al-Imam al-Syafi’e, 5/59) 2 Harta faraid adalah harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya, dan ianya wajib dibahagikan kepada ahli waris berdasarkan kaedah faraid yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

(Surah al-Nisa: 11)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)

Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka

Antara kewajipannya adalah seperti berikut:

 Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengkebumiannya.  Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada dengan ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengkebumian)  Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.

KWSP merupakan salah satu bentuk skim simpanan wang yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu seseorang menyimpan wang.

Bertarikh pada 02hb Januari 2001 [PMWP/100/20; PN(PU2)503/II.]

 Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki. (Lihat Matla’ al- Badrain susunan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2/238)

DATO’ HJ. MD. HASHIM BIN YAHYA, Mufti, Wilayah-Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2001-b09dd379