Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المواريث

Fatwa Berkenaan Penentuan Berkenaan Wang Insuran Sebagai Harta Pusaka

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

5/54/2000 04 APRIL 2000

PENENTUAN BERKENAAN WANG INSURAN SEBAGAI HARTA PUSAKA

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 54/2000 yang bersidang pada 04 April 2000 telah memutuskan bahawa:

1. Insuran am yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insuran di negara ini harus dibeli oleh orang Islam dan wang hasil insuran itu boleh dijadikan harta pusaka sekiranya yang empunya insuran itu mati.

2. Insuran nyawa adalah haram hukumnya kerana muamalatnya yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu mengandungi gharar, unsur judi dan juga riba. Oleh itu, wang dari insuran nyawa itu tidak boleh dijadikan harta pusaka.

Bertarikh 04 April 2000 MJKPHSWP Kali ke 54/2000

DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2000-e6164a2e