Fatwa Berkenaan Harta Seorang Muallaf Yang Telah Meninggal Dunia
[Kedudukan Harta Seseorang Muallaf1 Yang Telah Meninggal Dunia]
1. Apabila seseorang Muallaf meninggal dunia tanpa meninggalkan waris maka hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Harta mualaf yang meninggal dunia tanpa waris perlu diserah pada Baitulmal. 2. Apabila seseorang Muallaf meninggal dunia dan meninggalkan waris-waris yang beragama Islam maka hartanya hendaklah dibahagikan mengikut sistem pembahagian faraid2. 3. Apabila seseorang Muallaf meninggal dunia dengan meninggalkan waris-waris yang tidak beragama Islam maka waris-waris yang tidak beragama Islam tidak berhak mewarisi harta si mati.3 Bertarikh pada 20hb Ogos 1999 [JAWI/A/145; PN. (PU2) 530/II.]
1 Menurut Syeikh al-Maraghi, ‘al-muallafah qulubuhum’ bermaksud orang yang dikehendaki supaya hatinya cenderung atau tetap dengan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/2803) 2 Pembahagian mengikut sistem faraid bermaksud pembahagian mengikut bahagian yang ditetapkan oleh syara’ kepada pewaris. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 5/68) 3 Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Usama bin Zaid R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Seorang Muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh mewarisi pusaka seorang Muslim.” Riwayat al-Bukhari (6764) dan Muslim (4116)
DATO’ HJ. MD. HASHIM BIN YAHYA, Mufti, Wilayah-Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1999-21a0db34
