Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Hukum Pembedahan Ke Atas Bayi Yang Berkepala Dua Tetapi Hati Dan Jantungnya Satu

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

8/51/1999 13 MAC 1999

HUKUM PEMBEDAHAN KE ATAS BAYI YANG BERKEPALA DUA TETAPI HATI DAN JANTUNGNYA SATU

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 51/1999 yang bersidang pada 13 Mac 1999 telah memutuskan bahawa:

Harus membuat pembedahan ke atas bayi berkenaan kerana maslahah dan berkemungkinan keduanya akan terus hidup walaupun salah satu akan menggunakan anggota tiruan.

Bertarikh 13 Mac 1999 MJKPHSWP Kali ke 51/1999 DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1999-aad8f9ca