Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Penetapan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 1420H Bersamaan 1999M Di Wilayah Persekutuan

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

2/52/1999 01 JULAI 1999

PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 1420H BERSAMAAN 1999M DI WILAYAH PERSEKUTUAN1

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 52/1999 yang bersidang pada 01 Julai 1999 telah memutuskan bahawa:

Bersetuju untuk menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1420H bersamaan 1999M bagi Wilayah Persekutuan dengan kadar RM3.80 seorang.

Bertarikh 01 Julai 1999 MJKPHSWP Kali ke 52/1999 DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

1 Penetapan kadar zakat fitrah adalah berdasarkan kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan di mana zakat fitrah boleh dibayar dengan menggunakan beras atau wang tunai.

Purata harga beras telah naik dipasaran dan harga jualan runcitnya adalah tinggi berbanding paras harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1999-93f95f47