Fatwa Berkenaan Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia Dan Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah-Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 1417H_1997M
2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain dari Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukums dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegang Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. 3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan yang lain-lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
[Kadar Zakat Fitrah di Wilayah-Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 1417H/1997M]
Kadar zakat fitrah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi tahun 1417H/ 1997M ialah RM3.40 seorang.
Bertarikh pada 08hb Mac 1997 [JAWI/A/145; PN. (PU2) 530/II.]
DATO’ HJ. MD. HASHIM BIN YAHYA, Mufti, Wilayah-Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1997-0947fadf
