Fatwa Berkenaan Pertandingan Personaliti Citra Ayu Nst
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
7/48/1997 16 JULAI 1997
PERTANDINGAN PERSONALITI CITRA AYU NST
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 48/1997 yang bersidang pada 16 Julai 1997 telah memutuskan bahawa:
1. Menasihatkan supaya orang – orang islam tidak terlebih atau menganjurkan apa – apa program yang di dalaman ada aktiviti mendedahkan aurat dan percampuran lelaki dan wanita. Walaupun niat baik tetapi cara perlaksanaan juga hendaklah baik.
2. Prinsip Islam tidak menerima kaedah matlamat menghalalkan cara ( الغايةالتبرز
3. Menghantar keputusan mengenai perlakuan tidak sopan ditempat awam agenda 5.2 supaya dijadikan panduan kepada pihak berkenaan.
Bertarikh 16 Julai 1997 MJKPHSWP Kali ke 48/1997
DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1997-24b89e19
