Fatwa Berkenaan Pusaka Bagi Orang Yang Tukar Jantina
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
9/48/1997 16 JULAI 1997
PUSAKA BAGI ORANG YANG TUKAR JANTINA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 48/1997 yang bersidang pada 16 Julai 1997 telah memutuskan bahawa:
1. Pertukaran jantina bagi mereka yang memiliki satu alat kelamin adalah haram dan tidak sah disisi hukum syarak
2. Oleh itu, pembahagian harta pusaka bagi orang yang menukar jantina hendaklah dibahagikan mengikut jantinanya yang asal
Bertarikh 16 Julai 1997 MJKPHSWP Kali ke 48/1997
DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1997-ac146a9d
