‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة
Hukum Kuliah Sebelum Solat Jumaat
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
7/44/1996 06 APRIL 1996
HUKUM KULIAH SEBELUM SOLAT JUMAAT
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 44/1996 yang bersidang pada 06 April 1996 telah memutuskan bahawa:
Harus dibuat kuliah sebelum solat Jumaat. Walau bagaimanapun, masa hendaklah dihadkan dan isi kandungannya hendaklah bersesuaian dengan suasana di masjid.
Bertarikh 06 April 1996 MJKPHSWP Kali ke 44/1996 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-de79243b
