Risalah Dan Ajaran Yang Disampaikan Oleh Juruzon Bin Abdul Latif Atau Haji Ahmad Al-Awalidie (Pak Su)
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
5/44/1996 06 APRIL 1996
RISALAH DAN AJARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH JURUZON BIN ABDUL LATIF ATAU HAJI AHMAD AL-AWALIDIE (PAK SU)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 44/1996 yang bersidang pada 06 April 1996 telah memutuskan bahawa:
1. Penyelewengan yang terdapat dalam risalah dan ajaran ini boleh membawa kepada kufur dan memecah belahkan masyarakat. 2. Risalah dan ajaran ini diharamkan. 3. Risalah dan ajaran ini haram dibaca, diajar dan diamalkan.
Bertarikh 06 April 1996 MJKPHSWP Kali ke 44/1996 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-4a6886dd
