Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Melakonkan Ibadah Dalam Filem

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

5/43/1995 13 DISEMBER 1995

MELAKONKAN IBADAH DALAM FILEM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 43/1995 yang bersidang pada 13 Disember 1995 telah memutuskan bahawa:

Perkara ibadah bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sendaan atau maina-main. Jika hendak dilakukan dalam filem sebagai media dakwah, maka hendaklah dibuat memenuhi syarat-syarat dan rukunnya dengan sempurna. Lakonan dan perbuatan yang sampai ke tahap mempersendakan perkara-perkara agama akan menyebabkan terdedah kepada kerosakan akidah.

Oleh itu, mesyuarat mengambil ingatan bahawa satu garis panduan perlu diadakan supaya pelaksanaannya dibuat dengan betul.

Bertarikh 13 Disember 1995 MJKPHSWP Kali ke 43/1995

TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1995-8ffe807b