Fatwa Berkenaan Ajaran Mohd. Seman Al Banjari, Harta Zakat Fitrah Bagi Tahun 1994M_1414H Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Dan Menentukan Tarikh Sah Dan Berkuatkuasa Oleh Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy
b. Risalah ini haram dibaca, diedar dan disimpan. c. Ajaran ini haram diajar dan diamalkan.
Harga Zakat Fitrah Bagi Tahun 1994M/1414H Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
a. Bersetuju menetapkan harga kadar fitrah1 mulai tahun 1994 adalah berdasarkan harga purata bagi semua gred beras yang ada di pasaran.
b. Bersetuju menetapkan bahawa harga purata semua gred-gred harga beras untuk menetapkan harga sekilo beras. Oleh itu, nilai harga fitrah bagi 2.27 kilogram ialah RM2.70 (RM1.19 x 2.27 bersamaan RM2.70)
c. Bersetuju bahawa kadar ini untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
1 Zakat fitrah adalah salah satu jenis zakat yang diwajibkan orang Islam membayarnya setiap tahun. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, dia berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).” Riwayat al-Bukhari (1503)
Di sisi ulama mazhab Imam al-Syafie, pendapat yang paling sahih tentang penentuan kadar dan jenis zakat fitrah adalah mengikut غالب قوت البلد (jenis makanan ruji bagi majoriti penduduk). (Lihat al- Majmu` Syarh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi (6/132)
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji pula menyebut: “Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/429)
Menentukan Tarikh Sah dan Berkuatkuasa Wakaf oleh Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy
a. Amalan wakaf adalah ibadat dalam agama Islam. Mengikut Hukum Syara', wakaf adalah sah dan berkuatkuasa apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukun wakaf.
Antara laporan media berkenaan wakaf yang telah dilakukan oleh Ahmad Dawjee Dadabhoy.
b. Berdasarkan kepada adanya syarat-syarat dan rukun-rukun wakaf maka mengikut Hukum Syara' wakaf yang dibuat oleh Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy adalah berkuatkuasa mulai 30hb Julai 1934.”
Bertarikh pada 13hb Mei 1994 [JAWI/A/145;PM.(PU2)530.]
DATO’ ABDUL KADER BIN TALIP, Mufti, Wilayah-Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1994-69aeae37
