Penulisan Nama Surah Dalam Al-Quran Serta Bilangan Ayat
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/33/1993 08 APRIL 1993
PENULISAN NAMA SURAH DALAM AL-QURAN SERTA BILANGAN AYAT
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 33/1993 yang bersidang pada 08 April 1993 telah memutuskan bahawa:
1. Panduan penulisan, percetakan dan pengucapan ayat-ayat al-Quran, maksud-maksud dan berkaitan dengannya adalah seperti berikut:. a) ayat-ayat al-Quran hendaklah didahulukan daripada maksudnya; b) ayat-ayat al-Quran hendaklah ditulis atau dicetak bilangan angka ayatnya serta nama surah-surahnya; c) bilanga surah boleh digunakan bersama dengan nama surahnya; d) menulis, mencetak atau menyebut bilangan angka ayat semata-mata atau bersama bilangan ayat tanpa menyebut nama surah di mana ayat itu di ambil adalah dilarang; e) istilah maksud, pengertian atau mafhum boleh digunakan untuk menjelaskan kandungan ayat-ayat al-Quran; f) tafsiran pimpinan ar-Rahman keluaran bahagian hal ehwal Islam, Pusat Islam Malaysia adalah diakui sesuai dan dijadikan sebagai rujukan; dan g) penulisan al-Quran hendaklah berdasarkan rujukan.
2. Hadis-hadis hendaklah dirujuk kepada sumber-sumber aslinya bagi menjamin kesahihan sanad dan matannya.
Bertarikh 08 April 1990 MJKPHSWP Kali ke 33/1993 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1993-81e35674
