Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Menggunakan Wang Zakat Di Bawah Asnaf Fisabilillah

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/39/1994 12 OKTOBER 1994

MENGGUNAKAN WANG ZAKAT DI BAWAH ASNAF FISABILILLAH1

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 39/1994 yang bersidang pada 12 Oktober 1994 telah memutuskan bahawa:

1. Bersetuju supaya semua asnaf yang wujud dipenuhi dahulu haknya.

2. Penggunaan wang zakat daripada peruntukan fisabilillah HARUS digunakan untuk pembangunan syiar islam dan kemajuan umatnya berdasarkan kepada pengertian “Fisabilillah” yang luas iaitu “Maslahah al-Ammah” sekalipun keutamaan penggunaannya menurut pendapat jumhur ulama yang terhad dengan pengertian jihad peperangan di antara orang islam dengan orang kafir dan hasil keuntungannya hendaklah dipulangkan ke Baitul Mal di bawah asnaf ‘fisabilillah’ (Rujukan utama ialah kitab Masarif al-zakat fi as-Syariah al-Islamiah, muka surat 73, Kitab al-Fatwa al-Islamiah Darul Ifta al-mesriah, Jilid lapan (8), mukasurat 2818).

Bertarikh 12 Oktober 1994 MJKPHSWP Kali ke 39/1994 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

1 Pandangan ulama silam dalam membahasakan pengertian ‘fisbailillah’ adalah khusus sebagaimana pandangan Mazhab Syafie’ adalah sehaluan dengan pendapat Mazhab Maliki dalam mengkhususkan sasaran ini pada jihad (perang) dan mujahidin. Dibolehkan juga memberi kepada pejuan sesuatu yang dapat menolongnya ketika berjuang seperti kelengkapan senjata dan lain-lain. Selain itu para fuqaha Mazhab Hanafi sependapat bahawa zakat adalah hak individu dan bukan untuk kebajikan umum yang tidak bersifat pemilikan. Manakala, beberapa ulama silam dan ulama kontemporari berpandangan bahawa pengertian ‘sabilillah’ tidak hanya dikhususkan kepada jihad dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya sahaja bahkan ia merangkumi segala macam kemaslahatan dan perdampingan diri kepada Allah dan amalan-amalan yang baik yang sesuai dengan kalimah asal di dalam al-Quran.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1994-bb5e391e