Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Hukum Wakaf Istibdal

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

5/35/1993 09 NOVEMBER 1993

HUKUM WAKAF ISTIBDAL

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 35/1993 yang bersidang pada 09 November 1993 telah memutuskan bahawa:

Wakaf istibdal adalah harus berdasarkan kepada maslahah umat dan keadaan yang sangat memerlukan (berhajat/darurat) bagi mengekalkan dan memanfaatkan harta wakaf umat Islam.

Bertarikh 09 November 1993 MJKPHSWP Kali ke 35/1993

TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1993-07d9b161