Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Hukum Binatang Yang Mati Kerana Ditembak Dengan Senjata Api

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/31/1992 01 OKTOBER 1992

HUKUM BINATANG YANG MATI KERANA DITEMBAK DENGAN SENJATA API

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 31/1992 yang bersidang pada 01 Oktober 1992 telah memutuskan bahawa:

Halal memakan binatang buruan yang mati hasil daripada buruan dengan menggunakan senjata api seumpama senapang atau pistol.

Alasan halal ini kerana alat tersebut dapat melukakan dan mengalirkan darah binatang tersebut dengan cepat, seperti alat-alat yang tajam. Dan pengharusannya adalah diambil kira bahawa Islam agama mudah. Hal ini berbeza dengan menggunakan bandiqahi yang berbentuk bulat, maka pukulannya tidak melukakan.

Bertarikh 01 Oktober 1992 MJKPHSWP Kali ke 31/1992

TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan i Pengertian البندقية ialah senjata api seperti senapang atau pistol. Ulama berbeza pendapat tetang memburu menggunakan senjata api seperti senapang dan pistol. Jumhur ulama berpendapat bahawa halal dimakan daging haiwan buruan tersebut. Namun, terdapat juga sekumpulan fuqaha mengatakan ia haram dimakan.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1992-e232c029