Tarikat Samaniah Pimpinan Ibrahim Bonjol
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
3/30/1990 08 FEBRUARI 1990
TARIKAT SAMANIAH PIMPINAN IBRAHIM BONJOLi
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 30/1990 yang bersidang pada 08 Februari 1990 telah memutuskan bahawa:
Tarikat Samaniah pimpinan Imam Bonjol adalah satu tarikat yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Diadakan siasatan ke atas Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk yang terlibat. Setelah pasti dan didapati terlibat, tauliah berkenaan hendaklah digantung dan diminta bertaubat serta hendaklah mendapat kelulusan Majlis dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk membatalkan tauliahnya.
Bertarikh 08 Februari 1990 MJKPHSWP Kali ke 30/1990
DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan i Tarikat Samaniah diambil dari perkataan ‘مثن’ yang bererti halus iaitu mempunyai jalan yang halus untuk menuju ke jalan Allah SWT. Tarikat ini berasal dari Allah SWT, diturunkan kepada Jibril kemudian disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW dan diajarkan kepada Saidina Ali R.A hingga sampai kepada ulama dan seterusnya kepada guru Ibrahim Bonjol iaitu Almarhum tuan Syeikh Muda Abdul Karim.
Keseluruhan ajaran tarikat ini adalah diambil dari kitab ‘ثبت القلوب’. Kitab ini telah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam mesyuaratnya Kali Ke-3 pada 21 Januari 1971.
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1990-6a9524c3
