Hukum Perkahwinan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Luar Negeri
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/30/1990 08 FEBRUARI 1990
HUKUM PERKAHWINAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGERIi
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 30/1990 yang bersidang pada 08 Februari 1990 telah memutuskan bahawa:
1. Perkahwinan pelajar-pelajar Malasyia di luar negara secara persetujuan adalah tidak sah kerana pernikahan cara ini tidak mengandungi saksi dan tidak menggunakan sighah ijab dan qabul seperti diittifaq oleh kempat-empat mazhab Islam iaitu Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.
2. Perkahwinan pelajar-pelajar Malasyia di luar negara melalui cara mengahwinkan diri sendiri adalah tidak sah kerana perkahwinan ini tidak memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah diittifaq oleh mazhab yang empat iaitu tiada wali dan saksi.
3. Perkahwinan pelajar-pelajar Malasyia di luar negara melalui telefon adalah tidak sah kerana perkahwinan ini tidak memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah diittifaq oleh mazhab yang empat iaitu ketiadaan wali dan dua orang saksi, sighah ijab dan qabulnya pula meragukan.
Bertarikh 08 Februari 1990 MJKPHSWP Kali ke 30/1990
DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan i Terdapat dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara berkahwin dengan cara persetujuan di antara lelaki dan perempuan dengan cara mengahwinkan dirinya sendiri dan/atau melalui telefon.
Keputusan mengenai perkara-perkara tersebut telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dalam mesyuaratnya Kali Ke-20 pada 2 April 1988.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menghadapi masalah untuk mendaftarkan perkahwinan seumpama itu kerana kesahihannya meragukan.
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1990-73755208
