Fatwa Berkenan Wakaf Oleh Ahmad Dawjee Dadabhoy
“Bahawa Ahmad Dawjee Dadabhoy1 telah mewujudkan satu wakaf di sisi Agama Islam. Ini berdasarkan kepada lafaz yang dibuat dalam Surat Ikatan Pengishtiharan Wakaf dan pengakuan bertulis saksinya Syed Mustapha bin Syed Wazir.
1 Ahmad Dawjee Dadabhoy dilahirkan pada tahun 1907 di Gujerat India. Setelah merantau di banyak negara di dunia, pada tahun 1940an beliau telah datang ke Tanah Melayu dan memilih untuk menetap di Kuala Lumpur. Beliau fasih dalam pelbagai bahasa dan amat gemar pada kitab dan ilmu serta mempunyai rangkaian kenalan di merata dunia. Beliau juga merupakan seorang hartawan dan ahli perniagaan yang sudah pun berjaya tatkala itu. (Lihat Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy di laman web rasmi Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy) Dari awal lagi, beliau telah menyedekahkan hartanya melalui institusi wakaf. Institusi tersebut pada asalnya merupakan wakaf keluarga tetapi kemudiannya dinamakan Alwaqful Islami ul Alamee.
Di penghujung usianya, beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya termasuk sebidang tanah seluas 1.2 hektar di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Januari 1987. Sebelum meninggal dunia, Allahyarham telah menyatakan hajat untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama. (Lihat laporan Jutawan Rela Miskin Demi Saham Akhirat dalam akhbar Kosmo, 14 April 2018 dan Buletin MAIWP, Bil. 10/2011/September - Oktober 2011, hlm. 6-7)
Pada 18 September 1991, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur sebagai pemegang amanah Almarhum memandangkan beliau tidak mempunyai waris dan bagi memenuhi wasiat beliau. Kesudian Allahyarham untuk mewakafkan hartanah di tapak yang begitu tinggi nilainya ini membolehkan ianya dimajukan dan akhirnya memberi pulangan yang besar kepada umat Islam. Nilai tanah tersebut sebelum dibangunkan adalah RM34 juta dan setelah ianya dibangunkan, nilainya melonjak kepada lebih RM151 juta.
MAIWP sebagai pemegang amanah hartanah wakaf berkenaan telah menggalas tanggungjawab membangunkan tanah wakaf tersebut seterusnya menjadi pelopor kepada pembangunan tanah wakaf bagi tujuan komersial di Malaysia. Hasilnya, dengan kerjasama antara MAIWP, Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), maka tanah tersebut berjaya dibangunkan. Dalam perkongsian pintar ini, LTH sebagai pemaju menawarkan pembiayaan 100% bagi membangunkan tanah wakaf MAIWP ini dan BIMB sebagai perintis perbankan Islam di Malaysia menjadi penyewa utama. TH Properties pula memainkan peranan sebagai pengurus projek. Berdasarkan struktur pembiayaan “Build-Operate-Transfer”, MAIWP akan mendapat pulangan sebanyak RM56.6 juta sepanjang tanah tersebut dipajakkan kepada LTH iaitu selama 25 tahun. (Lihat Buletin MAIWP, Bil. 10/2011/September - Oktober 2011, hlm. 6-7)
Bermula dengan sikap dermawan dan pemurah Allahyarham, ia kini menjadi mercu tanda dan kebanggaan umat Islam. Pulangan yang diterima oleh MAIWP akan dipulangkan untuk manfaat asnaf Bertarikh pada 26hb Julai 1989. [JAWI/A/145;PM.(PU2)197/11.]
dan ummah seluruhnya. Betapa besar manfaat yang diperolehi berpunca dari amalan wakaf Allahyarham. (Lihat juga Irsyad al-Fatwa ke-274: Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2 Disember 2018)
DATO’ DR. MOHD. YUSOF BIN HAJI MUHAMMAD NOOR, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1989-803d6863
