Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Rumi Atau Latin
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
2/29/1989 23 SEPTEMBER 1989
PENULISAN AYAT-AYAT AL-QURAN DENGAN HURUF RUMI ATAU LATIN.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 29/1989 yang bersidang pada 23 September 1989 telah memutuskan bahawa:
Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al- Quran dengan tulisan yang bukan huruf araba tau bukan sistem tulisan al-Quran1.
Bertarikh 23 September 1989 MJKPHSWP Kali ke 29 /1989
DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
Maksudnya: Melalui kitab majmuk daripada ashab syafie hukum menterjemah al-Quran dengan bahasa selain bahasa arab adalah haram. Hal ini difahami daripada perkataan ulama syafie yang mentafsirkan makna riwayat salman menulis al-Quran dalam bahasa parsi ialah menulis tafsiran al-Quran bukan al-Quran
(rujukan kitab I’anah al-Talibin, juzuk pertama halaman 67-68)
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1989-27b09a8d
