Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Pertukaran Jantina Lelaki Kepada Perempuan

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

4/29/1989 23 SEPTEMBER 1989

PERTUKARAN JANTINA LELAKI KEPADA PEREMPUAN.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 29/1989 yang bersidang pada 23 September 1989 telah memutuskan bahawa:

1. Penukaran jantina pihak berkenaan adalah HARAM 1dan perkahwinan adalah TIDAK SAH.

1 Perbuatan mengubah ciptaan Tuhan ini jelas dilarang di dalam Islam. Larangan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa nas daripada al-Quran dan juga hadis. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

Surah Al-Nisaa (119)

Imam Al-Thabari Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini beliau berkata: Para ulama berbeza tentang tafsiran ayat ّللاَّه َ فَلَيُغَيِّرُن َّ خَلْق. Sebahagian mereka mengatakan: “Nescaya mereka akan mengubah ciptaan Allah daripada haiwan-haiwan dengan cara mengkasikannya”. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mengubah ciptaan Allah adalah membuat tatu. Beliau kemudiannya menyertakan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

2. Mesyuarat mengingatkan supaya pihak Jabatan Penerangan Negara mendapat pandangan dan kelulusan Jabatan Agama Islam sebelum meluluskan penukaran nama dan jantina bagi pihak-pihak yang memohon berbuat demikian

3. Mesyuarat memaklumkan agar diperolehi filem yang pernah ditayangkan di majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perjalanan pembedahan jantina untuk pengetahuan jawatankuasa ini.

Bertarikh 23 September 1989 MJKPHSWP Kali ke 29 /1989

DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Maksudnya: Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening, serta menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan, dan golongan yang mengubah ciptaan Allah.

Riwayat Al-Bukhari (5943)

Demikian juga Al-Thabari menukilkan persoalan yang ditanyakan kepada Al-Hasan Rahimahullah: Apa pandangan kamu terhadap seorang perempuan yang mengukir wajahnya? Lalu Al-Hasan menjawab: “Apa kena dengan dia? Laknat Allah ke atasnya, kerana dia telah mengubah ciptaan Allah”.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1989-7b69ba26