‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الحج والعمرة
Tanda Bagi Menentukan Jemaah Haji
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/13/1982 23 Mac 1982
TANDA BAGI MENENTUKAN JEMAAH HAJI
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-13/1982 yang bersidang pada 23 Mac 1982 telah memutuskan bahawa:
Harus memakai tanda bagi jemaah Haji sebagai tanda.
i. Gelang diharuskan pakai bagi perempuan. ii. Cincin sama ada daripada perak, tembaga atau besi harus bagi lelaki.
Bertarikh 23 Mac 1982 MJKPHSWP Kali Ke-13/1982
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1982-090f3cc6
