Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Khunsa Mushkil

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/18/1983 19 Oktober 1983

KHUNSA MUSHKIL

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-18/1983 yang bersidang pada 19 Oktober 1983 telah memutuskan bahawa:

“Jika menepati syarat-syarat penentuannya maka haruslah dilakukan pembedahan ke atas khunsa untuk menentukan atau membetuli keadaan jantinanya kerana berkemungkinan ia akan menukarkan pilihannya sedangkan mengikut Hukum Syarak apabila ia telah memilih untuk menjadi lelaki maka ia tidak boleh lagi menukarkan untuk menjadi perempuan begitulah sebaliknya.”

Syarat-syarat penentuannya: 1. Kecenderungan atau keinginannya: Kalau berkeinginan kepada lelaki menunjukkan ia perempuan, begitulah sebaliknya kalau berkeinginan kepada kedua-duanya (lelaki dan perempuan) yang lebih kuat sebagi penentuan.

2. Keluar haidh: Sebagai perempuan.

3. Keluar mani atau kencing: Kalau melalui saluran lelaki maka ia lelaki. Kalau melalui saluran perempuan maka ia perempuan. Kalau melalui kedua-duanya, yang lebih dahulu keluar sebagai penentuan.

Bertarikh 19 Oktober 1983 MJKPHSWP Kali Ke-18/1983

TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1983-a30cb62a