Mengadakan Cabutan Khas Loteri Kebajikan Masyarakat Untuk Projek Asuhan Kanak-Kanak (Taska)
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
3/13/1982 23 Mac 1982
MENGADAKAN CABUTAN KHAS LOTERI KEBAJIKAN MASYARAKAT UNTUK PROJEK ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-13/1982 yang bersidang pada 23 Mac 1982 telah memutuskan bahawa:
Haram hukumnya diadakan cabutan khas loteri kebajikan masyarakat bagi membiayai projek taman asuhan kanak-kanak (taska) sebagai kumpulan wang permulaan kerana ia melibatkan unsur judi.
Bertarikh 23 Mac 1982 MJKPHSWP Kali Ke-13/1982
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1982-5c8fb506
