Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز

Membongkar Kubur Dan Memindahkan Mayat Di Masjid Jamek Kuala Lumpur

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/14/1982 26 September 1982

MEMBONGKAR KUBUR DAN MEMINDAHKAN MAYAT DI MASJID JAMEK KUALA LUMPUR

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-14/1982 yang bersidang pada 26 September 1982 telah memutuskan bahawa:

1. Membongkar kubur dan memindahkan mayat di masjid Jamek ini adalah harus dan tidak ada halangan mengenai hukum syarak.

2. Jawatankuasa menasihatkan supaya semua kubur yang ada di kawasan Jamek Bandar Kuala Lumpur itu hendaklah dipindahkan ke tanah perkuburan Islam yang lain.

3. Sekiranya masih terdapat tulang di kubur-kubur yang dibongkar itu hendaklah ditanam di satu tempat sahaja.

Tambahan:

i. Setiap pemindahan kubur hendaklah mempunyai percaturan secara khusus.

ii. Mufti berhak membuat penentuan dan persetujuan mengenai maslahah sesuatu kubur yang dipohon untuk dibongkar.

iii. Jika tulang mayat itu telah hancur dan telah menjadi tanah, harus dikuburkan di tempat itu tempat lain dan harus juga dimaafkan tanah tersebut untuk dijadikan tempat bercucuk tanam, perkuburan, tapak bangunan dan sebagainya. Juga harus digunakan untuk keperluan semua perkara yang memberi faedah dan manfaat.

iv. Kubur yang sudah terjejas kehormatan dan kemuliaannya disebabkan telah menjadi tempat manusia duduk-duduk dan sembahyang di atasnya atau telah menjadi tempat dan sebagainya adalah merupakan penghinaan kepada kubur di dalam hal ini harus dipindahkan kubur itu ke tempat yang lebih baik dan terkawal kehormatan dan harus juga dipindahkan ke tempat yang berdekatan dengan kubur keluarganya.

v. Harus membongkar dan memindahkan mayat adalah bergantung kepada kepentingan mayat dan kubu bukan kepentingan orang ramai sahaja.

Bertarikh 26 September 1982 MJKPHSWP Kali Ke-14/1982

TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1982-67030d36