Penglibatan Orang-Orang Bukan Islam Dalam Penulisan, Penjualan Ayat-Ayat Al-Quran
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
6/13/1982 23 Mac 1982
PENGLIBATAN ORANG-ORANG BUKAN ISLAM DALAM PENULISAN, PENJUALAN AYAT-AYAT AL-QURAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-13/1982 yang bersidang pada 23 Mac 1982 telah memutuskan bahawa:
1. Orang-orang bukan Islam adalah diharamkan / tidak boleh menulis, mengukir atau membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang mengandungi tulisan ayat-ayat al-Quran. Adalah haram memahat / membentuk ayat-ayat al-Quran merupai manusia, binatang dan lain-lain oleh sama ada orang Islam ataupun bukan Islam.
2. Haram hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang bertulis ayat-ayat al-Quran sebagai bekas minuman atau makanan.
3. Adalah diharuskan memakai perhiasan yang mengandungi perkataan Allah, Muhammad, Islam dan lain-lian potongan ayat-ayat al-Quran tetapi hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang terhormat.
Bertarikh 23 Mac 1982 MJKPHSWP Kali Ke-13/1982
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1982-b7b3d136
