Nisab Zakat Wang
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN 1/3/1976 19 Mei 1976 NISAB ZAKAT WANG Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-3/1976 yang bersidang pada 19 Mei 1976 telah memutuskan bahawa: 1. Adalah bersamaan nilai 20 misqal yang bersamaan 25 mayam 2.7108 saga. 2. Harganya adalah mengikut nilai harga kerajaan pada tarikh pembayaran zakat itu dibuat. Nilai ini berubah-ubah dari semasa kesemasa. 3. Haul zakat adalah menurut tahun Hijriyah. Bertarikh 19 Mei 1976 MJKPHSWP Kali Ke-3/1976 PROF. DR. MUHAMMAD YUSUF BIN HUSAIN Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-d5bbe983
